Wednesday, January 08, 2014

Syamille Agrofarm & Resort, Kati, Kuala Kangsar


nice place to go..... we got our room at RM150, food is extra, they have a restaurant there.
information from the website http://syamille.com.my






Waktu Operasi Resort Syamille
Waktu pejabat:
Setiap hari Isnin hingga Ahad
MASA : 8.30 pagi sehingga 5.30 petang
REHAT : 1.00 hingga 2.00 petang





Waktu operasi restoren:
Setiap hari Isnin hingga Ahad
MASA : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
Madu Kelulut
Di Syamille AgroFarm & Resort kami ada menyediakan produk terbaru dari Syamille, iaitu madu kelulut.. sebarang pertanyaan mengenai produk-produk kami boleh hubungi talian Kami di 05-7520209 atau anda boleh ke laman web rasmi produk madu lebah kelulut http://kelulutmalaysia.blogspot.com/













Alamat Kami:
Lot 3749 & 3750, Jln Lata Perahu, Kg Chuar Hulu,
Mukim Chegar Galah, 33020 Kati, Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
numbers.... +605.7520.209, +6019.320.6177 (Anne).// +6019.465.5967 (Firdaus).//+6019.512.5046 ( Masyitah)














Ma’had Tahfiz AnNuri telah didaftarkan pada 08 Mei 2009 atas nama Ma’had Tahfiz AnNuri Sdn.Bhd (856229V). Beroperasi di alamat Lot 3750, Kampung Lata Perahu, Mukim Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar, Perak, Ma’had Tahfiz AnNuri diasaskan oleh Tuan Haji Mohd Zainuri Bin Mohd Idrus bersama adik beradik beliau di atas tanah ladang yang berkeluasan 4.8 hektar (12 ekar) atau lebih dikenali sebagai Syamille Agro Farm & Resort.

Pusat Tahfiz Al-Quran ini dikelilingi dengan suasana panaroma yang begitu indah dan penuh ketenangan, pokok-pokok yang redup menghijau, taman bunga, tasik dan kesejukan air terjun yang mendamaikan fikiran. Selain itu terdapat juga kebun sayur-sayuran, ternakan kambing ,rusa dan kicauan burung yang semestinya menyeronokkan. Ianya sekaligus memberikan ketenangan bagi anak-anak yang ingin menghafaz Al-Quran, juga mempelajari kemahiran hidup seperti teknik bercucuk tanam, penternakan dan sebagainya.

Pusat Tahfiz AnNuri menawarkan pendidikan percuma dan tidak mengenakan sebarang yuran pengajian. Dengan harapan mereka dapat menghafaz Al-Quran dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, agama dan akademik dengan lebih sempurna (Insya Allah), hasrat kami ialah ingin membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi meneruskan pengajian mereka, yang terdiri dari kalangan anak-anak yatim piatu, fakir dan miskin.

Insya Allah pelajar-pelajar disini akan dibimbing oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang pendidikan dan kelulusan seperti Tahfiz Quran Darul Tuba (Kaedah Hafazan Turki), Universiti Al-Azhar Mesir, Darul Quran JAKIM dan Universiti Islam Yaman.

Ma’had Tahfiz AnNuri mempunyai kelengkapan yang sempurna dan selesa seperti chalet, asrama pelajar, surau, dewan makan, dewan belajar, dan kawasan riadah. Sehingga kini sudah terdapat 12 orang pelajar yang menuntut di Ma’had Tahfiz AnNuri.

No comments:

GoogleAd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...